A
ssalamu`alykum warahmatullah wabarakatuh. Salam perkenalan
dari webmaster
Kembali
BERSAMA ISLAM
. Laman ini memuatkan rencana, ulasan peristiwa semasa, karya sastera
dan puisi yang berunsur Islam.
Kenapa dinamakan
Kembali
BERSAMA ISLAM
? Analisa terhadap realiti sejarah dan kesinambungan umat telah
mengenalpasti beberapa ciri berikut:
Majoriti muslim bersikap
acuh tak acuh atau tidak
prihatin untuk mendalami dan memahami ajaran Islam.
Majoriti muslim
dilanda sindrom lemah iman dan
keyakinan terhadap Allah, Rasul dan Islam.
Sejarah menyaksikan
umat Islam diganyang dan di- kalahkan oleh musuh-musuh
Islam ketika mereka asyik dibuai sindrom 'cintakan dunia - takutkan
mati'.
Musuh-musuh Islam
bukan sahaja menakluki tanahair
Islam dengan bala tentera bahkan meleraikan asas dan dasar
sosial bagi kewujudan negara Islam.
Penjajah Barat (Kristian)
menggantikan syari'at Islam di negara yang ditakluki dengan
perundangan rekaan
mereka dan meyebar luas budaya riba, arak, judi, zina serta berbagai
bentuk kefasadan.
Barat berjaya menyahkan
rasa mulia dengan keagungan dan keluhuran `aqidah,`ibadah,
akhlak, ukhwah dan jihad dari hati, jiwa dan pemikiran
majoriti kaum muslimin.
Yahudi dan Kristian
berkonspirasi meruntuhkan daulah
dan khilafah Islam dengan mempromosikan semangat
kebangsaan sempit menggantikan persaudaraan Islam
yang berteraskan iman dan 'aqidah.
Penjajahan ketenteraan
disertai dengan penjajahan
fikiran dan proses pemesongan 'aqidah.
Kehinaan dan
'inferiority complex' menyelubungi perasaan dan pemikiran umat
sehingga mereka menyangka mereka perlu mencontohi dan mengambil apa
saja dari Barat untuk keluar dari kehinaan ini dan dihormati.
Islam difahami menurut
tafsiran Barat yang mengurung agama di satu sudut yang tidak
ada lagi kaitan dengan urusan negara, pemerintahan, ekonomi dan
pertahanan.
Implikasi-implikasi
negatif ini berterusan dalam pemikiran, perasaan dan keyakinan
umat walau pun tanah air mereka telah lama dimerdekakan. Penjajah telah keluar dari bumi mereka tapi pemikiran yang terbelenggu
dan terjajah belum keluar dari 'aqal dan hati mereka.
Benarlah sabda Rasulullah bahawa Islam akan kembali dagang (ghurbah)
sepertimana keadaannya di zaman awal dakwah baginda.
Berdasarkan fakta dan fenomena ini, Islam dalam pengertiannya yang
sempurna (syumul) dan asli yang bersumberkan AlQuran dan Sunnah
perlu diperkenalkan semula khususnya kepada umat Islam dan seluruh
umat manusia umumnya.
Marilah
kita kembali
memahami, mengimani dan menghayati Islam yang asli berdasarkan AlQuran dan Sunnah Rasulillah
s.a.w. Atas kesedaran ini kami bangunkan laman ini dan kami namakan Kembali
BERSAMA ISLAM.
|